Wednesday, March 28, 2012

Barang Untuk Dijual

Salam. Hai kawan-kawan semua!
Sebenarnya saya hendak jual barang-barang saya ini kerana agak memerlukan wang. Barang-barang ini terpakai dan ada diantaranya hanya beberapa kali sahaja saya menggunakannya. Kesemua barang ini masih berfungsi dan berfungsi dengan baik. Jika boleh, saya nak jual lumpsum sekaligus.
Barang-barang tersebut adalah:

Dual SIM Smartphone

Phone ini asas (basic) sahaja. Boleh la ia dijadikan sebagai phone ke-2 ke atau ke-3. Manatau ada juga yang nak beri pada anak-anak ke? Yelah kan, anak-anak yang baru berjinak-jinak nak guna handphone, ye tak? Yelah, dari nak beli yang mahal-mahal, beli sahaja yang ini. Handphone ni bentuknya seperti N8 Cuma fungsinya tak la seperti N8 original tu. Basic phone la katakan. Phone ini juga boleh menggunakan atau dimasukkan 2 SIM kad sekaligus dan ada slot untuk memory card tapi memory card tak ada la, kena beli sendiri ye. Alaaa.. MicroSD 2GB atau 4Gb dah murah kan sekarang… Juga disertakan Pengecas (charger) dan sarung keras (hard cover).
Harga yang saya letak ialah RM80 sahaja*.




Nokia BH-109 Bluetooth Headset

Bluetooth ini hanya beberapa kali saya guna sebab dah ada yang lain. Dari tak digunakan, lebih baik saya let-go juga. Boleh juga buat tambah-tambah wang. Keistimewaan Bluetooth ini ialah, ia boleh disambung (connect/pair) pada 2 handphone atau peralatan (device) yang ada fungsi Bluetooth, sekaligus. Jadi senanglah kalau kebetulan kita guna 2 handphone serentak. Masih ada kotaknya lagi tu.
Disertakan Pengecas (charger). Harga yang saya letak adalah RM50 sahaja*



Kinamax Dual Antenna WiFi Booster/Adapter

WiFi Booster ini memang bagus. Saya dah guna bermacam-macam WiFi Booster/Adapter tetapi model yang ini lebih stabil connection nya. Pada yang mana-mana signal WiFi nya lemah sebelum ini, jika guna WiFi Booster ini pasti tak mengecewakan. Jarak penerimaan atau penghantarannya juga agak jauh. Yelah kan, siapa tahu ada diantara kita ni yang rumahnya agak berdekatan dengan servis WiFi Percuma, jika setakat guna WiFi Adapter biasa atau WiFi yang terbina dalam seperti laptop atau net/notebook, tarikan signalnya pasti lemah. Jadi lebih baik gunakan WiFi Booster/Adapter ini.
Pada yang laptop nya atau pc desktopnya yang memang tiada fungsi WiFi, boleh la gunakan WiFi Booster ini. Ianya mudah dan senang digunakan hanya cucukkan pada usb port, masukkan CD Driver, ia akan install otomatik. Hanya sekali sahaja. Apabila kita guna seterusnya, ia akan searching signal WiFi secara otomatik. Mudah sahaja. Disertakan dengan CD Driver dan USB cable.
Harga yang saya letak adalah RM75 sahaja*

Pada yang berminat untuk membeli kesemuanya ( ketiga-tiga barang diatas ) secara lumpsum, saya akan berikan diskaun iaitu pada harga yang paling minimum. Harga yang saya letak adalah hanya RM162 sahaja (termasuk Pos).



Stering Sport

Saya juga ada 1 set Stering sport untuk kereta Wira atau pada kereta yang sesuai dengannya.
Stering sport ini saya sertakan sekali dengan Bosskit. Stering sport ada bengkok sedikit dan boleh diperbetulkan di kedai-kedai yang menyediakan servis tersebut.
Harga yang saya letak adalah RM62 sahaja* (termasuk pos)
Pada yang berminat, boleh la menghubungi saya di talian 017 - 5050444